Saturday, 7 May 2011

Pencemaran Air Harus Dihentikan

Pencemaran Air Harus Dihentikan
 Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pemandangan yang indah.Hutan belantara yang hijau;laut-laut yang berwarna biru dan kelihatan nian jernih.Malang sekali,satu daripada “wajah”pemandangan yang indah ini,iaitu sungai menjadi hodoh akibat perbuatan segelintir anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
  Dalam negara kita,sudah mempunyai beberapa batang sungai tercemar.Keadaan ini semakin serius.Terdapat banyak penduduk yang tinggal di tebing sungai membuang sampah ke dalam sungai setiap hari.Lama-kelamaan,air sungai kita pun menjadi keruh,tidak jernih lagi.
Oleh itu,pihak berkuasa mesti mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini.Sebelum semua sungai di seluruh negara dimusnahkan ,papan-papan tanda peringatan yang tercacat slogan “Sayangilah Sungai Kita”banyak dipasang di tebing sungai.
 Tindakan kerajaan itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua anggota masyarakat.Ingat,manusia masih bergantung kepada air sungai sebagai sumber minuman sehariannya.Jadi,mulailah hari
 ini,slogan”Sayangilah Sungai Kita”harus dipupuk kepada setiap orang sebelum nasi menjadi bubur.
 
 Tanpa tunggu!!!!Kita harus mengambil tindakan supaya pencemaran air  DIHENTIKAN!

1 comment: