Monday, 28 February 2011

airku air malaysia

     Air sangat penting dalam kehidupan kita.Kenapa air peri penting keypad kita?Kalau tiada air,kita tidak dapat meneruskan kehidupan kita.Tanpa air , manusia akan mengalami pelbagai masalah.


 

Air yang tercemar tidak selamat untuk diminum .Ia dapat membawa pelbagai penyakit seperti kanser ,sakit jantung,darah tinggi dan sebagainya.Ia berlaku kerana pencemaran bacteria, virus, toksin dan kimia di dalam air yang diminum.Air yang tercemar akan menjadi lebih berasid dan seterusnya akan menyebabkan pembentukan radikal bebas yang akan merosakkan sel kehidupan.     Pencemaran air akan menyebabkan hidupan air terancam dan mati.Kematian ikan dalam bilangan yang besar akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan dan mereka tidak dapat mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
     Air yang tercemar akan berbau busuk dan memualkan.Selain mencemarkan udara,ia juga dapat mengganggu keselesaan hidup manusia.Ia juga akan menjejaskan keindahan persekitaran.

     Bak kata pepatah"bagai aur dengan tebing".Oleh itu kita haruslah bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan air.Kita juga harus menghargai nikmat anugerah Tuhan adalah tangguangjawab kita.






No comments:

Post a Comment