Kitaran Air
Saturday, 14 May 2011
Sunday, 8 May 2011
Faktor Pencemaran Air
*sisa toksik dari kilang
*sampah yang dibuang oleh penduduk setempat
*baja kimia dalam bidang pertanian
*longsoran
Kesan Pencemaran Air
*sungai menjadi cetek
*hidupan akuatik akan berkurang /mati
*pertumbuhan algae
Cara Untuk Mengatasi Pencemaran Air
*melalui pendidikan awam
*menggunakan kawalan biologi
*menapis dari kilang sebelum mengalir ke sungai
*pihak berkuasa harus mengadakan kempen tentang "Menyelamatkan Sungai Kita"
*sisa toksik dari kilang
*sampah yang dibuang oleh penduduk setempat
*baja kimia dalam bidang pertanian
*longsoran
Kesan Pencemaran Air
*sungai menjadi cetek
*hidupan akuatik akan berkurang /mati
*pertumbuhan algae
Cara Untuk Mengatasi Pencemaran Air
*melalui pendidikan awam
*menggunakan kawalan biologi
*menapis dari kilang sebelum mengalir ke sungai
*pihak berkuasa harus mengadakan kempen tentang "Menyelamatkan Sungai Kita"
Hutan dan air
Hutan merupakan salah satu ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang bukan sahaja membinasakan alam semula jadi tetapi juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga[6] Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Dan tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin yang akan membawa lembapan itu ke tempat lain dan melepaskannya ke laut.
Krisis air di Malaysia
Bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti: Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama.
* Krisis air di Lembah Kelang 1998
* Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
* Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu.
Pengenalan krisis air
Defenisi Krisis air
Krisis dan Konflik
-Cth: krisis ekonomi, krisis Kosovo, konflik Chetya
-Krisis merangkumi:
-Keadaan yang merbahaya seperti penyakit. Cth: H1N1
-Keadaan yang mengancam keamanan dan keselamatan
-Kejadian yang boleh merosak atau memberi kesan terhadap keseluruhan organisasi/unit atau bahagian organisasi
-Krisis adalah satu masalah besar yang muncul secara tiba-tiba.
-Lerbinger (1997) – krisis adalah sebagai kejadian yang membawa, atau berpotensi menjejaskan reputasi organisasi serta mengancam keuntungan, perkembangan, dan kewujudan organisasi (Lerbinger, 1997)
Saturday, 7 May 2011
Pencemaran Air Harus Dihentikan
Pencemaran Air Harus Dihentikan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pemandangan yang indah.Hutan belantara yang hijau;laut-laut yang berwarna biru dan kelihatan nian jernih.Malang sekali,satu daripada “wajah”pemandangan yang indah ini,iaitu sungai menjadi hodoh akibat perbuatan segelintir anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Dalam negara kita,sudah mempunyai beberapa batang sungai tercemar.Keadaan ini semakin serius.Terdapat banyak penduduk yang tinggal di tebing sungai membuang sampah ke dalam sungai setiap hari.Lama-kelamaan,air sungai kita pun menjadi keruh,tidak jernih lagi.
Oleh itu,pihak berkuasa mesti mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini.Sebelum semua sungai di seluruh negara dimusnahkan ,papan-papan tanda peringatan yang tercacat slogan “Sayangilah Sungai Kita”banyak dipasang di tebing sungai.
Tindakan kerajaan itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua anggota masyarakat.Ingat,manusia masih bergantung kepada air sungai sebagai sumber minuman sehariannya.Jadi,mulailah hari
ini,slogan”Sayangilah Sungai Kita”harus dipupuk kepada setiap orang sebelum nasi menjadi bubur.
Tanpa tunggu!!!!Kita harus mengambil tindakan supaya pencemaran air DIHENTIKAN!
Friday, 6 May 2011
Pencemaran Air
Pencemaran Air merupakan sesuatu kejadian yang amat serious kepada kita.Jika air yang kita minum tidak bersih,kesihatan kita juga akan terjejas.Pencemaran air ini berlaku kerana semuanya pembuatan manusia.Mereaka sentiasa membuang sampah-sarap ke dalam sungai memyebabkan sungai air kita menjadi kotor.Sungai ialah sumber air kita .Kalau sungai menjadi kotor,air yang kita minum itu juga tidak bersih.
Kepentingan air
Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air.
Mutu air yang kita minum mempengaruhi mutu air yang terkandung di dalam tubuh kita.Tubuh kita mengandungi sel-sel. Begitu juga dengan bakteria.Kehilangan air mengakibatkan kita kehilangan tahap tenagaTanpa air, darah tidak dapat mengalir, oksigen dan khasiat-khasiat tidak dapat diangkut, sisa-sisa kumuhan tidak dapat disingkirkan dan organ badan tidak dapat berfungsi dengan lancar.
Jikalau klorin membunuh bakteria, apakah yang anda jangkakan kesan klorin keatas sel-sel tubuh kita ?
Hasil kajian menghubungkan produk sampingan klorin dan pengklorinan kepada kanser pundi kencing, hati, perut, rectum dan usus termasuklah penyakit jantung, atherosclerosis ( pengerasan saluran darah ), anemia ( kekurangan sel darah merah ), tekanan darah tinggi dan reaksi alahan.
Ianya juga menyebabkan kerosakan kepada kulit dan rambut.
Hanya terdapat satu jawapan - singkirkan klorin daripada air minuman & makanan.
Penyakit bawaan air seperti Taun, Demam Kepialu, Hepatitis Berjangkit,Radang Perut dan Usus, Radang Membran Mata, penyakit-penyakit berkaitan cirit-birit, keracunan kulit, kanser dan ulser.
Tanda utama kekurangan air adalah seperti pening kepala, kesukaran untuk tidur, keletihan, dan kurang daya kepekaan.Oleh yang demikian, kita perlu minum air yang sihat dan berkualiti tanpa dipengaruhi barangan tercemar, jika tidak ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja.
Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.
Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.
Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.
Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.
Monday, 28 February 2011
airku air malaysia
Air sangat penting dalam kehidupan kita.Kenapa air peri penting keypad kita?Kalau tiada air,kita tidak dapat meneruskan kehidupan kita.Tanpa air , manusia akan mengalami pelbagai masalah.
Air yang tercemar tidak selamat untuk diminum .Ia dapat membawa pelbagai penyakit seperti kanser ,sakit jantung,darah tinggi dan sebagainya.Ia berlaku kerana pencemaran bacteria, virus, toksin dan kimia di dalam air yang diminum.Air yang tercemar akan menjadi lebih berasid dan seterusnya akan menyebabkan pembentukan radikal bebas yang akan merosakkan sel kehidupan. Pencemaran air akan menyebabkan hidupan air terancam dan mati.Kematian ikan dalam bilangan yang besar akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan dan mereka tidak dapat mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Air yang tercemar akan berbau busuk dan memualkan.Selain mencemarkan udara,ia juga dapat mengganggu keselesaan hidup manusia.Ia juga akan menjejaskan keindahan persekitaran.
Bak kata pepatah"bagai aur dengan tebing".Oleh itu kita haruslah bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan air.Kita juga harus menghargai nikmat anugerah Tuhan adalah tangguangjawab kita.
Air yang tercemar tidak selamat untuk diminum .Ia dapat membawa pelbagai penyakit seperti kanser ,sakit jantung,darah tinggi dan sebagainya.Ia berlaku kerana pencemaran bacteria, virus, toksin dan kimia di dalam air yang diminum.Air yang tercemar akan menjadi lebih berasid dan seterusnya akan menyebabkan pembentukan radikal bebas yang akan merosakkan sel kehidupan. Pencemaran air akan menyebabkan hidupan air terancam dan mati.Kematian ikan dalam bilangan yang besar akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan dan mereka tidak dapat mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Air yang tercemar akan berbau busuk dan memualkan.Selain mencemarkan udara,ia juga dapat mengganggu keselesaan hidup manusia.Ia juga akan menjejaskan keindahan persekitaran.
Bak kata pepatah"bagai aur dengan tebing".Oleh itu kita haruslah bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan air.Kita juga harus menghargai nikmat anugerah Tuhan adalah tangguangjawab kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)