Kitaran Air
Airku Air Malaysia
Saturday, 14 May 2011
Sunday, 8 May 2011
Faktor Pencemaran Air
*sisa toksik dari kilang
*sampah yang dibuang oleh penduduk setempat
*baja kimia dalam bidang pertanian
*longsoran
Kesan Pencemaran Air
*sungai menjadi cetek
*hidupan akuatik akan berkurang /mati
*pertumbuhan algae
Cara Untuk Mengatasi Pencemaran Air
*melalui pendidikan awam
*menggunakan kawalan biologi
*menapis dari kilang sebelum mengalir ke sungai
*pihak berkuasa harus mengadakan kempen tentang "Menyelamatkan Sungai Kita"
*sisa toksik dari kilang
*sampah yang dibuang oleh penduduk setempat
*baja kimia dalam bidang pertanian
*longsoran
Kesan Pencemaran Air
*sungai menjadi cetek
*hidupan akuatik akan berkurang /mati
*pertumbuhan algae
Cara Untuk Mengatasi Pencemaran Air
*melalui pendidikan awam
*menggunakan kawalan biologi
*menapis dari kilang sebelum mengalir ke sungai
*pihak berkuasa harus mengadakan kempen tentang "Menyelamatkan Sungai Kita"
Hutan dan air
Hutan merupakan salah satu ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa sekarang bukan sahaja membinasakan alam semula jadi tetapi juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga[6] Membinasakan hutan bukit boleh menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku. Dan tanpa kawasan hutan yang tebal, apa sahaja lembapan yang ada di atmosfera akan terdedah kepada sistem angin yang akan membawa lembapan itu ke tempat lain dan melepaskannya ke laut.
Krisis air di Malaysia
Bagaimanapun terdapat beberapa krisis air yang berlaku seperti: Malaysia bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak. Kedudukannya di garisan Khatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm. Selain itu Malaysia dirahmati dengan lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air mentah utama.
* Krisis air di Lembah Kelang 1998
* Krisis air di Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1991
* Beberapa siri tumpahan minyak diesel ke dalam sungai yang menyebabkan bekalan air terganggu.
Pengenalan krisis air
Defenisi Krisis air
Krisis dan Konflik
-Cth: krisis ekonomi, krisis Kosovo, konflik Chetya
-Krisis merangkumi:
-Keadaan yang merbahaya seperti penyakit. Cth: H1N1
-Keadaan yang mengancam keamanan dan keselamatan
-Kejadian yang boleh merosak atau memberi kesan terhadap keseluruhan organisasi/unit atau bahagian organisasi
-Krisis adalah satu masalah besar yang muncul secara tiba-tiba.
-Lerbinger (1997) – krisis adalah sebagai kejadian yang membawa, atau berpotensi menjejaskan reputasi organisasi serta mengancam keuntungan, perkembangan, dan kewujudan organisasi (Lerbinger, 1997)
Saturday, 7 May 2011
Pencemaran Air Harus Dihentikan
Pencemaran Air Harus Dihentikan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pemandangan yang indah.Hutan belantara yang hijau;laut-laut yang berwarna biru dan kelihatan nian jernih.Malang sekali,satu daripada “wajah”pemandangan yang indah ini,iaitu sungai menjadi hodoh akibat perbuatan segelintir anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Dalam negara kita,sudah mempunyai beberapa batang sungai tercemar.Keadaan ini semakin serius.Terdapat banyak penduduk yang tinggal di tebing sungai membuang sampah ke dalam sungai setiap hari.Lama-kelamaan,air sungai kita pun menjadi keruh,tidak jernih lagi.
Oleh itu,pihak berkuasa mesti mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini.Sebelum semua sungai di seluruh negara dimusnahkan ,papan-papan tanda peringatan yang tercacat slogan “Sayangilah Sungai Kita”banyak dipasang di tebing sungai.
Tindakan kerajaan itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua anggota masyarakat.Ingat,manusia masih bergantung kepada air sungai sebagai sumber minuman sehariannya.Jadi,mulailah hari
ini,slogan”Sayangilah Sungai Kita”harus dipupuk kepada setiap orang sebelum nasi menjadi bubur.
Tanpa tunggu!!!!Kita harus mengambil tindakan supaya pencemaran air DIHENTIKAN!
Subscribe to:
Posts (Atom)